FAQ
Bahagian ini dikhaskan untuk soalan cepumas yang kerap kali ditanya kepada kami. Jadi ini adalah jawapan daripada pihak kami. Terima kasih.
Semua Sambal Mr. Melting nih, pedas ke?
Tidak. Setiap sambal kami berbeza tahap kepedasannya. Ada sambal yang tahap kepedasannya 2/5 sahaja seperti Sambal Ijo Terasi & Sambal Tempoyak series.
Jika prefer sambal yang pedas, boleh cuba sambal dengan tahap kepedasan yang 5/5 seperti Sambal Paru Minang & Sambal Merah Cumi
Semua Sambal ada Belacan ke?
Jawapan semestinya tidak. Sambal yang ada belacan cuma dua sambal sahaja iaitu Sambal Ijo Terasi & Sambal Penyet Menangis. Selain daripada itu, semua tiada belacan ya.
Sambal ada bahan pengawet ke?
Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua sambal kami TIADA BAHAN PENGAWETAN / PRESERVATIVES, TIADA MSG DALAM MASAKAN & TIADA PEWARNA MAKANAN TAMBAHAN.
Kalau sambal dah buka kena letak dalam peti ais ke?
Ya, betul. Sambal perlu diletakkan di dalam peti ais selepas di buka kerana sambal kami tiada sebarang bahan pengawet. Sebaiknya di consume dalam tempoh 3 bulan.
Jika sambal langsung tidak dibuka, boleh refer tarikh luput di setiap produk. Kebiasaanya, ketahanan sambal selepas produksi adalah 12 bulan. Hanya Sambal Paru Minang & Daging Dendeng Melenting sahaja 6 bulan.
Saya tinggal di kawasan Borneo. Sambal tak basi ke kalau sampai lambat?
Jangan risau, sambal memang tak basi sebab ketahanan sambal adalah setahun selepas produksi. Boleh refer tarikh luput di setiap produk ya.
Boleh ke kalau return & refund sekiranya sambal yang sampai dekat saya pecah?
Hubungi kami untuk maklumkan permasalahan anda, sertakan sekali bukti.
Kami terima kalau anda nak refund tetapi kebiasaannya kami akan hantarkan sambal yang baru kepada anda tanpa sebarang caj dikenakan.
Di mana saya boleh dapatkan Sambal Mr. Melting?
Ada beberapa tempat yang anda boleh serbu terus, seperti tertera di bawah;
-
HQ Sambal Hitam Menangis / Seksyen 7, Shah Alam.
-
Authorised Outlet (refer outlet section)
-
Authorised Agent (Seluruh Malaysia)
-
Petronas (Klang Valley - about 30 outlet)
-
Shopee / Mr. Melting Mart
Bagaimana jika saya mahu jadi agent?
Permulaan modal untuk menjadi trial agent serendah RM144 untuk 12 botol sahaja. Untuk info lebih lanjut, boleh terus hubungi 018-966 7140 (Admin Bahagian Ejen)